Jumat, 14 Oktober 2011

SURAT CINTA UNTUK MU

Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada engkau yang melumpuhkan hatiku.
Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya perempuan yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku.
Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, hanya sebagai salah seorang daripada temanmu, dan kerana aku hanyalah seorang perempuan, yang mustahil bagiku untuk memulakan.

(♥ ♥) Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Aku ingin engkau tahu, bahawa aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu.
Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.Saat aku ingin berbual denganmu, hatiku menghalang, fikiran warasku mengatakan “jangan”, tapi aku kalah pada nafsu.
Walaupun kita hanya berbual kosong, tapi itu sudah cukup menggembirakan ku saat engkau me”reply” message ku… kadang-kadang kata-kata ni berterbangan dalam mindaku"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam GhazaliBeberapa butir air mata menitis mengenangkan kekhilafan diri ini…

( ♥ ♥)Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,Aku tahu dirimu masih belum bersedia untuk menikah denganku dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus kau kejar. Aku tahu kau tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati itu tidak mampu kau jaga. Ya, aku pun sama denganmu, aku tidak mahu bercouple dengan mu. Seboleh-bolehnya, TIDAK…

(♥ ♥)Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada SUAMI ku

(♥ ♥)Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.

Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

Ku mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA

1 komentar: